KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat dikesan mengaut keuntungan
tanpa memikirkan nyawa orang awam apabila mengeluarkan serbuk kopi yang
mengandungi racun di dalamnya.
Namun, ia berakhir apabila anggota penguat kuasa Farmasi
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Jakim membuat serbuan ke atas premis syarikat
terbabit, semalam.
Ketua Cawangan Penguat Kuasa Farmasi JKWPKL Adnan Salimin
berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat orang awam serta risikan pihaknya
selama sebulan.
Menurutnya, premis itu dipercayai dijadikan tempat memproses
dan membungkus serbuk kopi untuk merangsang seks dan melangsingkan badan.
“Pemeriksaan mendapati serbuk kopi ini dipercayai
mengandungi racun Sildenafil bagi kopi rangsang seks manakala Sibupralile dalam
kopi pelangsing badan.
“Pengambilan racun ini sangat berbahaya, jika diambil secara
berterusan dalam jangka masa panjang, ia boleh merosakkan hati,” katanya.
Adnan berkata, sekotak kecil serbuk kopi ini yang
mengandungi di antara enam hingga 10 paket kecil dijual dengan harga sekitar RM11
sekotak.
Menurutnya, kopi ini dipaketkan untuk pasaran sekitar Lembah
Klang.
Katanya, pihaknya merampas kira-kira 100 kotak besar serbuk
kopi dan lima buah mesin memproses dan
membungkus kopi berkenaan.
Kes disiasat di bawah
Akta Racun 1952 iaitu sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara
setahun atau kedua-duanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli
sembarangan kopi yang dijual pasaran tempatan.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment