Wednesday, February 26, 2014

Bunuh warga emas: Dua beradik dihukum gantung

8:31 PM No Comments

SHAH ALAM - Dua beradik dihukum gantung smpai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, terhadap tuduhan membunuh dan merompak menggunakan senjata terhadap pasangan warga emas, empat tahun lalu.

Hakim, Datuk Ghazali Cha, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati, dan lapan tahun penjara terhadap Mohd Shamsul Abdul Aziz, 46, dan Tuti Tuti Adayu Abdul Aziz, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pendakwaan.

Shamsul turut dijatuhi hukuman tiga kali sebatan bagi kesalahan merompak.

Dalam penghakimannya, Ghazali berkata semasa pembelaan bersumpah, kedua-duanya menafikan mereka terlibat dalam kesalahan seperti dalam pertuduhan sebaliknya terdapat pasangan lain yang menaiki kereta proton saga warna merah datang ke rumah mangsa.

"Pembelaan tertuduh yang menyatakan terdapat pasangan lain yang datang ke rumah mangsa hanyalah rekaan dan alasan yang difikirkan semula,"katanya.

Menurut hakim, versi pembelaan itu hanya ditimbulkan ketika pembelaan dan pihak pembelaan gagal mematahkan kes di peringkat pendakwaan.

"Kedua-dua tertuduh datang bersama-sama ke rumah mangsa untuk melakukan jenayah,"katanya.

Mengikut pertuduhan dua beradik itu didakwa membunuh Nen Arifin, 75, di sebuah rumah di nombor 35, Jalan Kembojasari 12, Sungai Buaya, kira-kira pukul 8.15 malam, 27 Februari 2010.

Pertuduhan ke atas mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Kedua-dua mereka turut didakwa merompak dua utas rantai leher emas dan dua utas gelang emas milik isteri mangsa, Siti Aminah Latef pada masa dan lokasi yang sama.

Bagi kesalahan tersebut, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 395 dan 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam V Aravindhakshan.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger