SUNGAI BULOH – Tidak tahu di mana silapnya,
seorang pembantu rumah warga Indonesia membunuh dua anak majikannya dengan
mengelar leher mangsa sebelum membunuh diri, di Taman Sri Putra, dekat sini,
petang semalam.
Keluarga itu meninggalkan kanak-kanak itu dibawah jagaan
orang gajinya selepas keluar menguruskan restoran kira-kira jam 5 petang Kejadian malang itu
hanya disedari selepas keluarga mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7.30
malam.
Difahamkan nenek
mangsa memanggil kedua-dua cucunya namun tidak berjawab sebelum terkejut
menemui mayat cucunya berusia lima tahun
dan pembantu rumah dibilik ditingkat bawah manakala seorang lagi ditingkat atas
berlumuran darah.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh,Supritendan Junaidi Bujang
berkata,polis yang tiba mengesahkan ketiga-tiga mangsa mati akibat
dikelar selepas menemui dua bilah pisau di berlumuran darah berhampiran mayat pembantu
rumah.
Menurutnya suspek dipercayai membunuh Melvin Selvan Joseph,
1 tahun 6 bulan terlebih dahulu sebelum
membunuh abangnya Kuay Jia Hiong, 5 dan
kemudian terus mengelar dirinya.
“Mayat Melvin ditemui di atas katil dengan tangan kanannya
masih memegang alat kawalan TV.
“Pembantu rumah itu dikenali sebagai Agnes, 30, berasal dari
Indonesia tidak mempunyai permit dan
sudah bekerja dengan keluarga berkenaan sejak lebih setahun yang lalu,”
katanya.
Difahamkan tiada sebarang kesan pecah masuk dirumah itu yang
boleh mengaitkan kes berkenaan dengan aktiviti jenayah lain.
Selain mangsa, rumah berkenaan turut didiami oleh
ibu bapa, nenek mangsa dan dua kakak mangsa.
“Siasatan mendapati keluarga itu tidak mempunyai masalah
dengan suspek, sebaliknya wanita itu dikenali dengan sifat penyayangnya,”
katanya.
Menurut Junaidi kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan bunuh
diri. Mayatnya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment