Bintulu: Dua beradik perempuan masing-masing berusia tiga
dan empat tahun ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran
membabitkan sebuah rumah di Kampung Baru Seberang, Taman Sebiew di sini, petang
tadi.
Kebakaran dipercayai berlaku pada jam 1.15 petang
mengorbankan Christina Christy anak Eddy serta adiknya Olivia Natasha selepas
kedua-dua dilaporkan gagal menyelamatkan diri berikutan api marak.
Ketua Bomba dan Penyelamat Balai Bintulu Di Hatta Gobil
berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama abang dan kakaknya di rumah
manakala ibu bapa mereka keluar bekerja.
Beliau berkata, bagaimanapun, abang dan kakak mangsa
masing-masing berusia enam dan lapan tahun sempat keluar menyelamatkan diri
namun mangsa terperangkap sebelum ditemui rentung di dapur.
"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.17 petang
sebelum mengerahkan lapan anggota ke lokasi kejadian.
"Bagaimanapun, kami berdepan kekangan kerana jentera
tidak boleh memasuki lokasi kejadian berikutan ketiadaan jalan raya.
"Kami terpaksa menggunakan perahu milik penduduk
kampung berkenaan untuk membawa peralatan ke lokasi kebakaran dan api berjaya
dipadamkan sepenuhnya pada jam 2 petang," katanya
Sumber : http://www.hmetro.com.my/
0 comments:
Post a Comment