LONDON: Lagenda bola sepak England, Tom Finney meninggal
dunia pada usia 91 tahun, demikian menurut bekas kelabnya, Preston North End,
hari ini.
“Preston North End dimaklumkan mengenai berita amat sedih
bahawa Sir Tom Finney sudah meninggal dunia,” kata kelab divisyen ketiga itu
dalam satu kenyataan di laman webnya.
“Sir Tom adalah pemain hebat yang pernah bermain untuk Preston
North End dan juga pernah bersama saat kegemilangan England," kata
kenyataan itu.
Finney, seorang pemain sayap, juga bermain dalam beberapa
posisi di bahagian tengah tinggal selama-lamanya di bandar kelahirannya di
Lancashire, di utara England.
Finney memulakan kariernya di North End pada 1946 dan kekal
dengan kelab itu sehingga persaraannya pada 1960.
Beliau menjaringkan 210 gol dalam 473 penampilan untuk skuad
Lillywhites itu.
Pencapaiannya bersama skuad England juga memberangsangkan
dengan menjaringkan 30 gol untuk 76 cap permainan untuk negaranya. - AFP
Sumber : http://www.bharian.com.my
0 comments:
Post a Comment