LONDON: Fulham mengambil tindakan dramatik hari ini bagi
mengekalkan status di Liga Perdana Inggeris dengan memecat pengurus, Rene
Meulensteen dan membawa Felix Magath sebagai pengurus baru ketika saingan liga
berbaki 12 perlawanan.
Meulensteen, bekas ketua jurulatih Manchester United,
berkhidmat dengan Cottagers hanya kurang dua bulan selepas mengambil alih tugas
Martin Jol pada 1 Disember lalu.
Bagaimanapun, kekalahan 3-2 di tempat sendiri dengan
Liverpool dengan dua kali di depan - namun jaringan penalti Steven Gerrard
pada minit terakhir perlawanan menyaksikan Cottagers kini empat mata dari zon
penyingkiran.
Namun ia masih tidak memuaskan bagi pemilik Fulham, Shahid
Khan, seorang ahli perniagaan Pakistan yang dilahirkan di Amerika dengan
memecat Meulensteen.
Ia adakah pemecatan kedua buat Meulensteen musim ini selepas
disingkirkan daripada kelab Russia, Anzhi Makhachkala, pada Ogos tahun lalu,
iaitu hanya 16 hari memulakan tugas.
Magath, pengurus dari Jerman pernah membawa Bayern Munich
memenangi kejuaraan Bundesliga pada 2005 dan 2006, sebelum menyertai Wolfsburg
dan kemudiannya meninggalkan kelab itu pada 2012.
“Saya amat gembira untuk mengalu-alukan kedatangan Felix
Magath ke Fulham Football Club,” kata Khan dalam laman web kelab itu. - AFP
Sumber : http://www.bharian.com.my
0 comments:
Post a Comment