Tuesday, October 21, 2014

Pulau Redang, Redang Mutiara Beach Resort

8:23 AM No Comments

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Apa khabar semua kawan-kawan dan para pembaca ? ade ke ?. Berbalik kepada tajuk entri, Pulau Redang. Alhamdulillah aku dan rakan-rakan selamat sampai dan menjejakan kaki di Pulau Redang, Mutiara Resort. Alhamdulillah percutian singkat 3 hari 2 malam memberi sedikit ketenangan dan kepuasan, dapat berehat seketika menikmati keindahan alam cipataan Allah s.w.t. Apa yang boleh aku katakan di sini, Pulau Redang adalh pulau terbaik yang pernah aku pergi. Memang tak dapat di nafikan ada tempat yang lebih menarik dan cantik. Ini berdasarkan pengalaman hidup aku sendiri memang terbaik Pulau Redang ni, cantik bersih dan nyaman. Tenang je selama 3 hari berada di sini. 

Sepanjang 3 hari 2 malam, tidak banyak aktiviti yang di jalankan. Aktiviti Utama di sini ialah snorkeling. Yang mana di lakukan sebanyak 3 kali di lain-lain lokasi. Tapi malangnya aku tak tahu berenang, susah sikit nak snorkeling. Tapi atas bantuan rakan-rakan dapat juga tengok ikan, coral dan lain-lain. Selain aktiviti snorkeling, pelabagai aktiviti lain yang boleh di buat, contohnya bola tampat pantai, swimming, jungle tracking,  ada juga yang buat teambuliding, dan macam-macam lagi  mengikut citarasa masing-masing dan kemampuan masing-masing. 

Makanan di sini ? 5 bintang. Memang sedap, terbaik. Makan di beri 4 kali, Pagi, Tengahari, Minum petang, dan makan malam. Pihak Mutiara resort menyediakan roti 24 jam, untuk yang lapar tengah-tengah malam tu boleh la makan roti yer. So, berkali-kali korang boleh makan sampai pengsan. 

Apa yang boleh saya simpulkan di sini percutian di Pulau Redang ni memang best la, walaupun ade banyak luka sebab kena coral. Alhamdulillah selamat semuanya. Tak banyak yang boleh aku ceritakan. Korang  semua boleh tengok gambar-gambar sepanjang 3 hari aku dan rakan-rakan berada di Pulau Redang ni. Aku juga nak syorkan kalau korang semua nak ke Pulau Redang, pastikan korang pergi ke Mutiara Beach Resort. 

Gambar kenangan di Pulau Redang, Mutiara Beach Resort. Satu gambar seribu cerita. Jom tengok Pulau Redang, memang cantik. Gambar dari rafiq dia guna samsung tab tak ingat model apa. 


  Tunggu Bas untuk ke KLIA2. Jam 3 Pagi. 

 Sebelum bertolak ke Terengganu.

Alhamdulillah. Selamat sampai di Kuala Terengganu. 

 Dalam perjalanan ke Pulau Redang Mutiara Resort. Cantik ooo..


 Bergambar atas boat, with azri, padel, aku shahril & khai (ketua projek)


Dari kiri, nazril, shahril, padel, Zul, Rafiq & Azri

 Alhamdulillah selamat sampai di Pulau Redang, Mutiara Beach Resort.


Jom! Bersedia. Cantik , terkesima tengok. 

Berebut ambil kuci :) 

Antara penginapan yang terdapat di Mutiara Beach Resort


 Aktiviti waktu Petang. 


 Azri tengok apa wei ?

 Cantik kan ? 

 Cantik laut dan Pantai di Pulau Redang ni, memang terjaga! 

 Peace ! 

 Selfie, ad, azri, zul, nazril, padel, shahril, aku , khai depan sekali tuan kamera , rafiq

 Lagi selfie, haha


 Pulau Redang, Mutiara Beach Resort

 Nak balik dah ! huhu

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi : Khairul: 017-9388115 atau emailkan ke khairul_azizie@yahoo.com. Boleh juga hubungi Kak Za: 012-9584541.



0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger