SHAH ALAM - Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abd
Hadi menyindir penganjur kempen sentuh anjing ‘I Want to Touch a Dog’.
Katanya, daripada sibuk mengajak umat Islam menyentuh
anjing, lebih baik penganjur membuat kempen menyapu kepala anak yatim.
"Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa
yang membelai kepala anak yatim kerana ALLAH SWT, maka baginya kebaikan yang
banyak daripada setiap rambut yang diusap.
"Daripada sibuk berkempen sapu atas belakang anjing,
lebih baik juga buat kempen belajar macam mana cara hendak sapu atas khuf
sebagai ganti untuk basuh kaki dalam berwuduk," katanya dalam satu
kenyataan medianya, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kempen sentuh anjing ‘I
Want to Touch a Dog’ anjuran Syed Azmi Alhabshi di Central Park, Bandar Utama,
Selangor, semalam.
Acara tersebut dianjurkan kononnya bagi membantu orang ramai
terutamanya yang beragama Islam untuk mengatasi persepsi negatif terhadap
anjing.
Kempen itu juga turut memberi peluang kepada orang ramai
yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik
haiwan berkenaan.
Mengulas lanjut, Muhammad Khalil berkata lagi, walaupun
dalam al-Quran, ALLAH menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang bersama-sama dengan
anjing peliharaan mereka, namun ia tidak sepatutnya disalahtafsirkan.
"Pengajarannya bukan supaya kita membelai anjing dalam
kehidupan kita tetapi anjing pun membantu perjuangan Islam dengan caranya
tersendiri.
"Nabi SAW ada menceritakan kisah perempuan pelacur
dimasukkan ke dalam syurga kerana memberikan minum kepada anjing yang dahaga.
"Menunjukkan anjing tidak boleh disakiti dan berhak
untuk dirahmati dalam keadaan yang memerlukan," ujarnya.
Dengan nada sinis beliau berkata, mungkin kempen seperti itu
untuk mengatasi masalah rakyat yang tertekan akibat kenaikan harga minyak RON95
dan diesel baru-baru ini.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment