Monday, May 26, 2014

Cadbury serius soal halal produknya

10:21 AM 1 comments

SHAH ALAM - Cadbury Malaysia menegaskan bahawa pihaknya mengambil serius soal keselamatan dan standard halal dalam produk mereka.

Cadbury turut memberi jaminan bahawa ujian itu tidak memberi kesan kepada semua produk yang dikeluarkan di negara ini.

"Kami di Cadbury Malaysia faham bahawa pelanggan kecewa dengan berita berkenaan hasil ujian yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan terhadap dua produk kami.

"Kami menghargai dan mendengar segala komen serta maklum balas anda terhadap isu ini," kata Cadbury dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak Cadbury sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan kes tersebut.

"Kami faham halal penting kepada masyarakat Islam. Ia juga menjadi kepentingan utama buat kami di sini. Memastikan semua produk yang dihasilkan di Malaysia halal.

"Kami telah menarik balik semua produk terbabit iaitu Cadbury Dairy Milk Hazelnut (dengan nombor siri 200813M01H I2 yang tamat tempoh 13 November 2014) dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond (dengan nombor siri 221013N01R I1 yang tamat tempoh 15 Januari 2015) serta-merta.

"Kami juga menjamin bahawa semua produk lain yang dibuat di Malaysia tidak terjejas dengan ujian ini," kata kenyataan itu lagi.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


1 comments:

  1. boleh percaya ke yang lain tak ada DNA babi...ada buat test bagi yang lain....kononnya Kementerian Kesihatan tahu bhw ada DNA babi bulan Februari2014...kenapa dirahsiakan....? Adakah pihak tertentu dalam KKM mendapat habuan daripada Cadbury kerana membantu menyembunyikan kes ini...?

    ReplyDelete

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger