LEBIH kurang dua hari lagi majlis pernikahan antara pasangan
sensasi Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bakal berlangsung.
Namun status majlis ini menjadi tanda tanya apabila Syamsul
dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Gleneagles dan disahkan menghidap
demam denggi.
Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Datuk Yusof
Haslam memberitahu Syamsul kini berada dalam keadaan yang tidak konsisten.
“Buat masa ini keadaannya masih lemah dan doktor
menjangkakan mungkin akan ambil masa empat hingga lima hari untuk pulih.
“Memandangkan keadaannya tidak konsisten, jadi kami sendiri
tidak tahu sama ada dia boleh sembuh sepenuhnya sebelum majlis pernikahan
berlangsung atau tidak,” ujarnya kepada Sinar Harian.
Melihatkan keadaan anak lelakinya itu, Yusof memberitahu
akan bertemu dengan keluarga pihak perempuan sebagai persediaan.
“Malam ini (semalam) saya akan berjumpa dengan keluarga
pihak perempuan untuk berbincang mencari alternatif lain untuk majlis
pernikahan dan persandingan di pihak perempuan hujung minggu ini.
“Kalau keadaan kesihatan Syamsul masih tidak mengizinkan,
mungkin kita akan tunda tarikh, atau hanya adakan majlis pernikahan sahaja,
tapi itu semua terpulang pada keadaannya.
“Kami sekeluarga hanya mampu berserah pada Tuhan dan
mengharapkan kesihatan Syamsul akan pulih supaya semuanya dapat berjalan
seperti yang dirancang,” jelasnya.
Pada masa yang sama, Yusof turut menafikan majlis pernikahan
tersebut akan dijalankan di hospital seperti yang dinyatakan Syamsul sebagai
gurauan.
“Majlis ini tidak akan dijalankan di hospital kerana saya
rasa memang tidak sesuai dan hanya akan mengganggu pesakit lain, lagi pun saya
rasa ia kurang manis.
“Saya juga tidak yakin kalau pihak hospital juga akan
memberikan kebenaran,” katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Harap-harap urusan dipermudahkan.
ReplyDelete