Thursday, March 6, 2014

Liyana Manan: Kenapa Saya Perlu Minta Maaf? Dia Yang Cabar Saya

9:57 PM No Comments

“Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi”

Itu kenyataan balas Liyana Manan yang masih bergelar isteri kepada kekasih Hanez Suraya, Mr R selepas ditanya tentang permintaan pelakon itu supaya beliau memohon maaf secara terbuka.

“Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu,” tambahnya lagi.

Liyana Manan yang ditemubual Berita Harian hari ini berkata yang kes curang suaminya dengan perempuan lain bukan perkara baru dan turut tidak menafikan yang pernah menuntut cerai pada tahun 2011 atas sebab sama dan kali kedua pada tahun lalu.

“Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak,” tambah Liyana Manan yang sudah lapan tahun bergelar isteri Mr R.

Sumber : http://www.rotikaya.com


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger