Thursday, March 6, 2014

Mr R Nafi Hanez Suraya Punca Keretakan Rumah Tangga

10:06 PM No Comments

Susulan daripada kontroversi yang melanda pelakon Hanez Suraya dan juga Mr R yang didakwa mempunyai hubungan dan dikecam hebat oleh isteri Mr R sendiri, iaitu Nur Liyana Abdul Manan di saluran media membuatkan mereka berdua terpanggil untuk membela diri dan menafikan segala tohmahan dan kata-kata yang dilemparkan terhadap mereka berdua.

“Saya mohon maaf atas isu yang telah ditimbulkan oleh isteri saya. Saya tegaskan dakwaan isteri saya adalah fitnah. Saya tidak mahu aibkan dia. Memang saya belum bercerai tapi rumah tangga kami telah ada masalah sejak lapan bulan lalu. Sedangkan saya mula mengenali Hanez pada 20 Disember 2013 di satu majlis di UiTM Shah Alam”

“Malah isteri saya telah menfailkan cerai pada 8 Oktober tahun lalu dan ia merupakan fail cerai kali kedua. Dan dakwaan isteri saya di mahkamah sebelum ini tidak ada kena mengena dengan punca orang ketiga,” jelas lelaki yang turut memiliki dua cahayamata ini.

Sementara itu, Mr R turut mengulas bahawa kenyataan sebelum ini yang mengatakan dia dan Hanez bersama-sama bercuti ke Bangkok berdua adalah tidak benar sama sekali dan itu semuanya adalah fitnah semata-mata.

“Saya pergi ke Bangkok pada bulan Januari 2014 bersama Hanez dan 6 lagi rakan termasuk adik Hanez. Bukan kami pergi berdua seperti yang dinyatakan,” tambahnya lagi.

Sumber : http://www.rotikaya.com


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger