Thursday, March 6, 2014

PRK DUN Balingian 29 Mac

9:22 PM No Comments

PUTAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian (N51), Sarawak akan diadakan pada 29 Mac ini , kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof

Beliau berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 17 Mac, sementara pengundian awal akan diadakan pada 25 Mac ini.

Menurutnya, seramai 13,366 pemilih berdaftar akan membuang undi pada PRK berkenaan, yang membabitkan 13,233 pengundi biasa dan 133 pengundi awal.

"Anggaran kos perbelanjaan bagi mengendalikan PRK ini adalah sebanyak RM910,213.

Pusat penamaan calon dan penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Suarah Mesra Mukah.

"Selain itu, sebanyak 22 pusat pengundian akan dibuka membabitkan 21 pusat pengundian bagi undi biasa dan satu pusat pengundian awal," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas penetapan PRK DUN Balingian di Ibu Pejabat SPR di sini, pagi tadi.

Kerusi DUN Balingian kosong berikutan peletakan jawatan bekas wakil rakyat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada 28 Februari lalu.

Sumber : http://www.hmetro.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger