YAN - Pas yakin bahawa MH370 yang dilaporkan hilang sejak 8
Mac lalu kemungkinan dirampas oleh individu tertentu.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,
tanda-tanda mengenai rampasan itu sudah ada.
“Kerajaan mesti mengesahkan bahawa MH370 telah dirampas,
cuma kita belum tahu siapa yang lakukan perkara itu.
“Tanda-tanda terjadi itu ada sebab dia pesawat itu dibawa ke
tempat yang sukar dan tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri
Ijtimak Ulama Pas Kedah di Markas Pas Kawasan Jerai, di sini, semalam.
Pada masa sama, beliau turut mendoakan supaya semua
penumpang dan anak kapal MH370 selamat.
“Saya doakan mudah-mudahan ada harapan untuk mereka selamat
dan takziah kepada keluarga penumpang.
“Takziah bukan bermaksud kematian saja, tetapi bencana yang
menimpa ahli keluarga berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Nik
Mohd Zawawi Saleh mengharapkan supaya ahli keluarga mangsa tabah dan kuatkan
semangat.
“Sekiranya ditakdirkan penumpang pesawat MH370 mati, kita
harap ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa mereka.
“Dalam situasi ini juga, penumpang-penumpang dan anak kapal
itu dikira sebagai syahid akhirat,” katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment