PETALING JAYA: Lajnah Antarabangsa Pemuda Pas Malaysia (LA
PPM) mengutuk sekeras-kerasnya hukuman mati yang dilakukan terhadap Mursyidul
Am Ikhwan Muslimin serta 528 aktivis oleh Mahkamah Tentera Mesir.
Menurut Pengerusi LA PPM, Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss
(gambar) lajnah itu mengecam keputusan
Mahkamah Jenayah pihak Tentera Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas
Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Prof Dr Mohd Badie, Presiden Parti Kebebasan dan
Keadilan, Dr Saadu Katatni yang juga bekas Speaker Mesir bersama 528 orang
aktivis Ikhwan Muslimin yang lain.
Malah, LA PPM turut menganggap keputusan tersebut adalah
kemuncak kezaliman Jeneral Abdul Fattah As Sisi setelah melakukan rampasan
kuasa ke atas kerajaan rasmi Mesir, pimpinan Presiden Dr Mohamad Morsi.
“Dua tahun lalu, tragedi penyembelihan rakyat di Medan
Rabiah telah mengorbankan lebih 3,000 orang para syuhada’,” katanya yang juga
merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Tambahnya, sepatutnya keadilan harus ditonjolkan oleh
mahkamah mesir, namun ia telah dicemari dengan keputusan yang berat sebelah dan
tidak rasional.“Perkara tersebut amat mengecewakan,” ujarnya.
Tidak terhenti di situ, dunia turut digemparkan ketika
proses mahkamah baru sahaja bermula pada minggu lalu, barisan pembelaan telah
di ancaman oleh pihak polis walaupun ketika prosiding sedang berjalan.
“Salah seorang peguambela tiba-tiba dimasukkan ke dalam
senarai tertuduh dan dijatuhkan hukuman mati yang sama,” jelasnya.
Beliau berkata, Rejim Abdul Fattah as Sisi telah membuktikan
bahawa beliau sememangnya diktator kuku besi yang mewarisi kezaliman Firaun di
bumi tersebut.
Malah, beliau juga berjaya membuktikan kesetiaan beliau
terhadap rejim haram Israel dan menjadi boneka Amerika Syarikat.
Bukan itu sahaja, LA PPM turut merasa kesal dengan kerajaan
negara Islam-Arab kerana mendiamkan diri serta membiarkan kezaliman berlaku di
depan mereka tanpa adanya bantahan serta kecaman antarabangsa.
“Arab Saudi, UAE, Kuwait, Jordan dan lain-lain negara turut
bersekongkol dengan rejim kudeta Mesir serta mempunyai sentimen kebencian
mendalam yang sama terhadap Ikhwan Muslimin,” jelasnya.
LA PPM turut yakin dengan menghukum mati pemimpin ikhwan
Muslimin, ia tidak akan mematikan perjuangan rakyat mesir dalam menuntut
keadilan. Malah, rakyat akan semakin bersemarak untuk berjihad menentang
kezaliman Abdul Fattah.
“Mungkin, keputusan penghakiman ini menjadikan rejim kudeta
As Sisi bakal menemui pengakhirannya,” katanya.
Selain, LA PPM turut mendesak kerajaan Malaysia untuk
bersama-sama mengutuk keputusan mahkamah yang berat sebelah ini.
“Kerajaan seharusnya memutuskan hubungan diplomatik dengan
Kerajaan Mesir, serta mendesak negara-negara OIC bertindak tegas ke atas Mesir,
“Kezaliman rejim As Sisi perlu dihentikan dengan tindakan
tegas dan berani oleh pemimpin-pemimpin negara Islam,” Ujarnya.
Raja Ahmad turut menjelaskan apa yang berlaku ke atas Syeikh
Dr Badi’ dan seluruh mangsa kezaliman sebenarnya mengulangi episod kesyahidan
Syeikh Said Qutub yang berakhir di tali
gantung pada tahun 1960an.
“Ketika Syahidnya Said Qutb pada waktu itu, telah melahirkan
ribuan lagi para ulama’ dan mujahid yang bangkit untuk membela umat Islam di
bumi tersebut sehingga sekarang.
“InsyaAllah, kesyahidan beliau bakal melengkapkan perjuangan
murni beliau memipin Ikhwan selama ini,” katanya.
Malahan, keihklasan beliau pastinya akan dibalas dengan
ganjaran syahid di sisi Allah.
Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com
0 comments:
Post a Comment