Monday, October 8, 2012

Tanda-tanda Sakit Gout

1:31 PM No Comments








Tanda-tanda Sakit Gout
Oleh : Rawatan Alternatif Mahsuri

Untuk pengetahuan bersama penyakit gout ini terlalu umum dan ia terjadi berpunca dari kadar asid urik yang berlebihan dalam darah sehingga menyebabkan pesakit akan merasakan kesakitan pada bahagian sendi.Ini disebabkan oleh mendapan urik asid yang berlebihan didalam badan sehingga mengganggu sistem metabolisme dan mengurangkan proses pengendalian asid dalam melancarkan pengeluaran yang stabil.Selain itu kegagalan buah pinggang juga salah satu faktor ketidak seimbangan memproses menyah asid yang berlebihan. Ada juga yang tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit gout kerana kesakitan gout berlaku tanpa mengira masa dan siapa.Dalam Kajian kami gout boleh terjadi disebabkan:

* Keturunan
* Pengambilan makanan yang kaya protein ( makanan laut )
* Kekurangan air dalam badan

Walaupun gout ini pada dasarnya nampak seperti sejenis penyakit yang tidak berbahaya namun dalam kegagalan merawatnya ia akan mengundang penyakit batu karang dibahagian buah pinggang.Batu karang ini juga akan mendatangkan risiko dan memudahkan jangkitan kuman serta kerosakkan buah pinggang.Dalam peringkat awal gout boleh dikenal pasti melalui :

* kesakitan yang berdenyut-denyut dibahagian sendi seperti
- Ibu jari kaki
- Lutut
- pengelangan tangan


* Sekiranya tindakan tidak diambil
- Di setiap sendi menjadi bengkak dan sakit apabila disentuh
- Merasakan sendi kebas dan pengerakkan yang kurang
- Menjadi benjolan yang panas dan kemerahan.

* Kadar metabolisme kurang akan memudahkan
- Suhu badan yang tidak menentu
- Mudah mendapat demam

Dengan mengenalpasti masalah yang mudah terjadinya gejala gout akan dapat mengurangkan risiko tinggi pada sistem sendi manusia.Untuk gaya hidup yang sihat tidak salah untuk kita mengamalkan sikap “cegah sebelum melarat” serta berpantang dari mengambil itu lebih baik daripada pantang melihat untuk diambil.





0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger