Tuesday, October 9, 2012

Herba Mata Pelanduk Sebagai Penawar Gout

6:50 PM No Comments







Sakit gout adalah penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sinovial sendi, jika dibiarkan, pembentukan kristal-kristal ini akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan kewujudan tophi gout yang keras pada permukaan kulit.

Masalah kesihatan ini telah menjadi semakin serius di kalangan rakyat Malaysia, lebih daripada 50% lelaki dewasa melebihi umur 30 mempunyai masalah hiperuricemia iaitu kandungan asid urik darah yang tinggi. Ini telah menghasilkan satu pasaran kesihatan yang baru. Kini, terdapat pelbagai jenis ubat herba gout di pasaran yang dikatakan boleh digunakan sebagai penawar gout yang boleh menurunkan kandung asid urik di dalam darah.

Kebanyakan herba-herba ini adalah jenis diuretik yang menyebabkan pembuangan air kencing yang banyak, antara herba gout yang popular adalah Misai Kucing dan Mata Pelanduk yang dijual oleh beberapa syarikat makanan kesihatan atau MLM.

Herba-herba seperti ini turut dikatakan boleh mengurangkan tekanan darah tinggi. Ini adalah kerana apabila kekerapan kencing bertambah, kandungan cecair di dalam darah turut berkurangan, begitu juga dengan tekanan darah.

Satu kesan sampingan bagi penawar gout jenis diuretik adalah seseorang itu mungkin mengalami masalah dehidrasi yang boleh menjadikan seseorang itu “kering”. Jadi, bagi mereka yang sedang atau ingin mencuba herba gout tersebut, anda dinasihat supaya minum air dengan kerap untuk mengganti air yang hilang melalui air kencing.




0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger