Friday, September 4, 2015

'Kalau kepala tak betul, ekor pun tak betul'

2:57 PM No Comments

"KALAU kepala tak betul, ekor pun tak betul!," demikian  respon awal Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim mengenai prestasi buruk pemain Malaysia terhadap perlawanan menentang UAE semalam.‎

Menulis dilaman rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Ismail berkata segalanya sudah terlambat untuk Malaysia mengubah kedudukan kerana UAE sudah mendahului 7-0 pada separuh masa pertama.
"7-0 untuk separuh masa pertama. Ianya satu peluang pemilihan untuk mengubah kedudukan bola sepak Malaysia.

"Tetapi ianya sudah terlambat," tulisnya.

Terdahulu perlawanan lewat malam tadi menyaksikan Malaysia nyata bukan tandingan pasukan‎ ranking ke-70 dunia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas mengalami kekalahan‎ besar 10-0 pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi.

Kekalahan tersebut menyaksikan Malaysia yang berada pada ranking ke-168 dunia, kekal menghuni tangga tercorot Kumpulan A selepas kalah 6-0 kepada Palestin dan seri tanpa jaringan menentang Timor Leste pada dua aksi terdahulu.

UAE nyata mendominasi perlawanan pada babak pertama menerusi ledakan tujuh gol.Kedudukan 7-0 itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama. 

‎Sementara itu, Malaysia dijadualkan menentang Arab Saudi pada aksi keempat kumpulan A di Stadium Shah Alam pada 8 September ini.


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger