PUTRAJAYA - Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias mengingatkan umat Islam agar
menghindari amalan rasuah kerana ia boleh menghancurkan negara.
Katanya dalam Islam sendiri amalan tersebut telah
diharamkan, jadi adalah wajib untuk umat Islam menghindari daripada melakukan
perbuatan tersebut.
"Jangan ambil rasuah, untuk elak bala," katanya
ketika berceramah di Putrajaya malam ini.
Dalam pada itu, Mohd Kazim mengingatkan umat Islam agar
tidak berpecah-belah kerana Islam sama sekali menegah perlakuan itu.
"Ada masalah balik semula kepada al-Quran dan Hadis,
bincang elok-elok...Jangan sampai berpecah.
"Buanglah ego, bersatulah semula," katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment