SEATTLE - AMERIKA SYARIKAT. Seorang CEO membuat keputusan
untuk memotong gajinya sendiri dan menaikkan gaji 120 orang pekerjanya, Isnin
lepas.
Menurut Dailymail, Dan Price, CEO kepada syarikat Gravity
Payments, sebuah syarikat pemprosesan kad kredit memperoleh pendapatan sebanyak
USD 1 juta (RM3.7 juta) setahun sebelum pengumuman berkenaan.
Price mendapat ilham berkenaan selepas sebuah penyelidikan
bagaimana kenaikan gaji mampu memberi kegembiraan untuk pekerja yang memperoleh
pendapatan USD 70,000 (RM260,000) setahun.
"Adakah anda terkejut? Saya sendiri terkejut,"
beritahu Price kepada kakitangannya yang bersorak gembira dalam sebuah mesyuarat.
Price memberitahu THe Times bahawa beliau tertekan dengan
kesusahan yang dialami oleh kawan-kawannya dan ahli keluarganya yang memperoleh
pendapatan kurang USD 70,000 setahun.
"Mereka menceritakan kesusahan mereka kepada saya
hampir setiap minggu. Saya terharu dan rasa tertekan," kata Price.
Price mengasaskan syarikat Gravity Payments pada 2004 ketika
berusia 19 tahun.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
bagusnya... ;0
ReplyDelete