Tuesday, April 14, 2015

Malaysia : Apa sudah terjadi ?

5:39 PM 2 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Harap kita semua dalam keadaan sihat sejahtera. Pelbagai masalah dan isu menimpa masyarakat malaysia sejak kebelakangan ini membuatkan saya tergerak hati untuk menulis sesuatu , melontarkan sesuatu yang terbuku di dalam hati ini. 

Apa sudah terjadi ? Pelbagai isu yang terjadi tercipta kebelakangan ini, di tambah pula dengan statement yang kadang kala di fikirkan tidak masuk di akal. Berkenaan isu yang paling terkesan dalam kehidupan saya dan semua rakyat Malaysia iaitu isu GST(Goods and services tax). GST telah memberi impak besar keatas kehidupan rakyat Malaysia. Setelah perlaksanaan GST segalah kos sara hidup meningkat, termasuk pengusaha-pengusaha restoran, peniaga-peniaga kecil yang turut terkesan dengan perlaksanaan GST. Saya sebenarnya tidak faham mengenai GST, tetapi secara tidak langsung saya dan seluruh Masyarakat faham bahawa GST telah meningkatkan harga barangan seterusnya meningkatkan kos sara hidup. 

Selain itu, timbul isu di sebabkan kenyataan yang tidak masuk akal yang menyarankan pelajar UiTM untuk memasak bagi mengurangkan kos makan di luar. Untuk isu ini, saya tak beberapa pasti sama ada menteri tersebut tahu atau tidak bahawa pelajar tidak di benarkan memasak di dalam kampus. Selepas itu, menteri tersebut cuba menafikan bahawa beliau menyarankan pelajar yang tinggal di luar kampus, bukan di dalam kampus. No komen untuk kenyataan ini. 

Apa lagi isu ? Sebenarnya banyak kenyataan yang di keluarkan oleh para menteri kita yang tidak masuk akal, yang kita sendiri boleh fikir menggunakan akal kita. Sama juga seperti soalan dari Tun M kepada PM Najib, bagi saya,  Tun M mewakili suara puluhan juta rakyat untuk soalan-soalan yang di bangkitakan. 

Apa yang cuba di perkatakan oleh saya, bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi di mana hak kita sebagai rakyat Malaysia untuk bersuara ? adakah suara-suara kecil kita di dengari ? siapa kita dalam Malaysia ? atau tak suka Malaysia, boleh keluar Malaysia ? macam tu ?

Saya bukanlah orang yang arif dalam hal politik dan isu-isu semasa, saya cuma rakyat Malaysia yang memerhati apa akan terjadi kepada Malaysia pada masa hadapan. Semoga Allah s.w.t. merahmati negara kita Malaysia. Amin. Yang buruk itu datang dari kesilapan diri saya sendiri dan yang baik itu semuanya datang dari Allah s.w.t.  

Wallahu a'lam. 


2 comments:

  1. salam;
    kita mentimun mereka durian...walaupun ada masa durian ini datang tak di undang merayu pada mentimun mintak dipilih untuk memerintah negara

    ReplyDelete

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger