Tuesday, April 21, 2015

Dipenjara 2 tahun, tawar seks kepada polis

4:50 PM No Comments

KUALA LUMPUR - Seorang wanita dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis tiga hari lepas.
   
Majistret Ashraf Rezal Abdul Manan memerintahkan R. Poogothai, 59, menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditahan pada 18 April.
   
Poogothai dituduh menawarkan khidamat seks kepada Sarjan G.Balasubramaniam, 52, di hadapan sebuah hotel di Bukit Bintang di sini pada 2.30 pagi 18 April.
  
Dia dituduh mengikut Seksyen 32 (B) Kanun Keseksaan.

Ketika diberi peluang mengemukakan rayuan, tertuduh, yang tidak diwakili peguam, memohon diringankan hukuman atas alasan dia menghidap penyakit kencing manis dan asma.

Timbalan pendakwa raya Norazlin Mohamad Yusoff meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. - Bernama

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger