PERAMU – Pengguna jalan terutamanya penduduk setempat
menzahirkan kebimbangan terhadap keadaan lubang besar yang terbentuk pada jalan
berhampiran sebuah pasar raya di Peramu, di sini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, pengguna terpaksa
berhati-hati berikutan situasi itu jelas mengundang bahaya kepada mereka dan
memerlukan usaha membaik pulih segera pihak berkenaan.
Seorang pengguna, Mohd Ibrahim Zulkifli, 28, berkata, punca
lubang yang terbentuk berkemungkinan besar disebabkan hakisan air dari saliran
atau longkang berhampiran.
Menurutnya, musim tengkujuh dan banjir yang melanda akhir
tahun lalu menyebabkan keadaan longkang dipenuhi air yang berarus dan sentiasa
memenuhi saliran.
“Keadaan jalan ini dapat dilihat semakin teruk yang mana
tarnya semakin retak dan runtuh sekali gus meluaskan lagi saiz lubang dengan
keadaan tanah di bawahnya mendap.
“Jika ia tidak dibaiki segera, saya percaya risiko
kemalangan melibatkan pengguna jalan terutamanya penunggang motosikal amat
tinggi apatah lagi jalan ini sentiasa digunakan orang ramai yang tidak putus
berkunjung ke pasar raya berhampiran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Mohd Ibrahim berkata, rasa bimbang terhadap kejadian
kemalangan akibat jalan berlubang ini lebih terasa pada waktu malam kerana
kawasan itu hanya diterangi lampu jalan.
“Sebagai salah seorang pengguna di sini, saya harap pihak
bertanggungjawab mengambil inisiatif membaiki kerosakan yang berlaku bagi
kemudahan orang ramai,” katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment