KAHERAH - MESIR. Susulan tersebarnya video kumpulan militan
IS yang didakwa memenggal kepala 21 penganut Kristian Koptik Mesir, negara itu
melancarkan serangan udara mensasarkan kumpulan IS di Libya.
Serangan udara itu dilakukan beberapa jam selepas IS
mendedahkan video ngeri yang mencetuskan kemarahan Presiden Mesir, Abdel Fattah
al-Sisi.
CNN melaporkan, jet pejuang F-16 Mesir bertolak pada Isnin
(waktu tempatan) mengebom kem-kem IS, kawasan latihan dan depot senjata
kumpulan militan itu.
Stesen televisyen negara itu menyiarkan rakaman beberapa jet
pejuang Mesir yang berlepas untuk misi tersebut.
"Serangan udara mengenai sasaran dengan tepat, dan
pasukan tentera udara kita selamat kembali ke pangkalan," kata kenyataan
itu.
Rakaman video itu menunjukkan barisan 21 tebusan yang digari
serta memakai sut penjara berwarna oren dipenggal kepala di sebuah kawasan
pantai dipercayai di wilayah Tripoli di Libya.
Abdel Fattah dalam reaksinya terhadap pembunuhan itu
mengancam “pembalasan setimpal” terhadap kumpulan pengganas tersebut.
Beliau dalam pada itu turut mengisytiharkan perkabungan
negara selama tujuh hari susulan pendedahan video itu di media sosial.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment