HAITI - 20 orang dilaporkan terbunuh selepas terkena kejutan
elektrik di sebuah karnival di Port-au-Prince hari ini.
Berdasarkan laporan AP, kejadian berlaku ketika beribu-ribu
pengunjung karnival tahunan yang ditaja oleh kumpulan hip-hop Barikad Crew
berada di atas sebuah pelantar.
Menurut seorang saksi, sebelum kejadian berlaku, seseorang
cuba mengalihkan sebuah wayar menggunakan kayu supaya pelantar boleh belayar
melepasi wayar tersebut.
Seorang saksi memberitahu, beberapa pengunjung terus terkena
renjatan elektrik dan beberapa orang lagi sempat terjun dari pelantar tersebut.
Selain itu, seramai 46 pengunjung lain dilaporkan cedera dan
dibawa ke sebuah hospital berdekatan.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment