SHAH ALAM - Sebuah rakaman video amatur menampilkan empat
pemuda berpakaian hitam lengkap bertopeng balaclava, empat botol disumbat kain
putih seolah-olah 'molotov cocktail' dan salah seorang daripadanya memegang
sekeping gambar Nora Danish menjadi viral, hari ini.
Video berdurasi satu minit bertajuk 'Amaran untuk meletupkan
Mahkamah Malaysia' oleh pemilik akaun 'isis malaysia 69' di laman YouTube nyata
mengundang pelbagai komen dan persoalan mengenai motif video tersebut
dimuatnaik.
Kata-kata yang dilontarkan oleh jurucakap kumpulan pemuda
itu bukan hanya mengandungi kritikan terhadap sistem perundangan negara, malah
turut melontarkan kata-kata carut disertai simbol lucah di akhir video.
Antara kandungan ucapan tersebut adalah 'mereka' membantah
sistem keadilan negara dan mengugut untuk meletupkan mercun di hadapan
Mahkamah.
“Kami baru bermula, dan akan pergi jauh, semakin rosak
demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” kata pemuda itu.
Sehingga berita ini ditulis, tujuan video dimuatnaik tidak
dapat pastikan sama ada ianya bahan jenaka atau sebaliknya.
Sementara itu, beberapa pelayar berkongsi video tersebut
dengan akaun Twitter @KBAB51 milik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu
Bakar.
Setakat ini tiada respons dari Khalid.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment