Tuesday, October 28, 2014

Kempen terakhir Anwar blackout

1:27 PM No Comments

SUBANG JAYA - Pentas utama kempen terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Mini 3K dekat sini tiba-tiba terpadam ketika Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Fariz Musa sedang memberikan ucapan pada himpunan solidariti itu.

Hampir 10 minit pentas utama itu bergelap namun lampu simbah stadium itu membantu dan tidak menenggelamkan pandangan orang ramai daripada mengikuti program itu.

Selang beberapa minit kemudian Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali muncul di lokasi program itu dan dialu-alukan pengacara majlis sebaik sahaja Fariz selesai menyampaikan ucapannya.

Masalah teknikal lampu itu tidak menghalang daripada program itu diteruskan malah orang ramai turut dipersembahkan beberapa keping gambar suasana terkini di Universiti Malaya sebaik sahaja Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di sana.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger