Tuesday, October 28, 2014

Anwar sampai amanat terakhir

1:33 PM No Comments

SUBANG JAYA - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan penyokong dan pimpinan pembangkang supaya memperkuatkan kerjasama politik antara PKR, DAP dan Pas dalam PR jika mahu terus melakukan perubahan.

Anwar berkata, kerjasama antara tiga parti itu sangat penting dalam meneruskan perjuangan demi kepentingan rakyat di negara ini.

Biarpun beliau akur pesanannya itu mungkin yang terakhir sebelum apa-apa kemungkinan berlaku dalam rayuan balas kes liwat II beliau yang bermula hari ini hingga esok.

Namun Ketua Pembangkang itu mahu rakyat terus menyokong kepimpinan PR jika mahu melakukan perubahan dalam lanskap politik negara ini.

"Kita mesti beri sokongan kepada orang yang bawa perubahan, kita sangat yakin, mereka ini adalah pasukan muda, Exco yang muda, speaker muda dan kita boleh bawa perubahan.

"Kalau ini kebetulan ucapan terakhir saya, lawan tetap lawan, kalau 29 Oktober nanti saya masuk (penjara), saya mahu kita perkuatkan PKR, perkuatkan DAP dan perkuatkan Pas," katanya pada Himpunan Solidariti di Stadium Mini MPSJ, di sini, malam tadi.

Pada 7 Mac lalu, Anwar disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya, terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.

Sementara itu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober ini untuk mendengar rayuan balas kedua-dua pasukan pembelaan dan pendakwaan.

Anwar mengemukakan rayuan ke  Mahkamah Persekutuan ​berikutan sabitan tuduhan liwat ​ oleh​ Mahkamah Rayuan ​ dengan hukuman penjara lima tahun​.

Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan supaya setiap rakyat mendapat maklumat untuk melakukan perubahan.

"Saudara, inilah masanya..semua kaum mesti bangkit lindungi masyarakat masing-masing.

"Saya hendak beritahu bukan mudah buat saya, (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan Nurul Izzah.

"Tapi saya tetap bersyukur sebab hati saya, fikiran saya, mental saya sudah bersedia, walaupun saya sukar menerimanya," katanya lagi sebelum mengakhiri ucapan dalam siri program penerangan itu sejak minggu lalu.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger