Tuesday, October 28, 2014

Liwat II: Rayuan terakhir Anwar bermula hari ini

1:43 PM No Comments

PUTRAJAYA - Pendengaran rayuan terakhir Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung sabitan bersalah dan hukuman lima tahun penjara yang dibuat Mahkamah Rayuan Putrajaya atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bermula jam 9.25 pagi tadi.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria akan mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam bela.

Korum turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan,  Tan Sri Raus Sharif; Hakim Mahkamah Persekutuan,  Tan Sri Abdul Hamid Embong; Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertindak sebagai ketua pasukan pendakwaan bersama Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

Sementara itu, barisan peguambela Anwar diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, iaitu bekas hakim Mahkamah Persekutuan, bersama Gobind Singh Deo, R. Sivarasa, N Surendran; Ram Karpal Singh dan Sangeet Deo Kaur.

Anwar, 67,ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, dan ahli-ahli keluarga, tiba di mahkamah jam 9 pagi.

Peguam kanan, Datuk Sulaiman Abdullah yang sepatutnya mengetuai barisan pembelaan tidak hadir kerana masalah kesihatan.

Galeri awam Mahkamah Persekutuan dipenuhi media, ahli-ahli keluarga Anwar, pemimpin kanan PR, termasuk Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, yang juga Menteri Besar Selangor dan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution Ismail.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger