Friday, February 17, 2012

J.E.R.I.N.G

9:44 PM 2 comments









Assalamualikum.. semua wah... jering menjadi tajuk entri saya , pada kali ini , apa yang anda semua tahu pasal jeirng ? ye ? tangkai jering ? kedekut ? salah tu , sebenarnya jering ni adalah sejenis ulam yang sngt sedap bila di makan betul ka ?  baiklah , dalam kehidupan kita seharian pelbagai jenis ulam segar menjadi pilihan sama ada dari jenis buah, biji dan daun tumbuhan atau herba, betul kan ? ke ada yg  tak makan ulam, makan la ulam sangat baik untuk kesihatan kita semua. Antara ulam - ulam yang popular tu ialah petai, kerdas, daun pegaga, ulam raja, pucuk gajus, kacang botor, pucuk betik dan daun tenggek burung, tudiaaa, punya banyak kan ? sebenarnya banyak lagi ulam  - ulam yang ada di Malaysia ini, kenalkah anda kepada ulam - ulam ini ? tepuk dada , cari kat internet , hehe :). EH , ni dah lari topik ni, sebenarnya nak cerita pasal jering la...ulam yang begitu popular dan menjadi kegemaran ramai sebagai pembangkit selera makan ialah biji JERING. Buah atau biji benih jering yang masih muda selalunya dimakan mentah atau dikunyah begitu saja. korang mampu ? hehe.Ramai juga yang mencecahnya dengan sambal selain ditumbuk atau dihiris untuk dicampurkan dalam masakan terutama gulai lemak cili api.Walaupun jering mengeluarkan bau yang sangat kuat dan kurang disenangi oleh sesetengah orang, namun bagi peminat ulam tersebut, ia mempunyai kelebihan dan tarikan untuk memakannya. sebenarnya jering ni cruch ! hehe.. tak percaya ? anda boleh cuba.. Sebenarnya  ada juga  yang memeram biji jering di dalam tanah atau timbunan habuk kayu untuk beberapa hari semata-mata inginkan bau yang lebih menusuk. euwww... sangat menusuk sila la bau yerr... Sebenarnya jering ini berkhasiat untuk kesihatan kita... jering mempunyai kandungan protein yang agak tinggi iaitu sehingga 10.5 peratus... wah meletop tak ? , kandungan pemakanan lain ialah 84.1 peratus karbohidrat, 52 peratus air, 1 peratus abu, 0.8 peratus lemak dan 3.6 peratus gentian... hehe.. sangat berkhasiat info ni aku amek dari Kurator Muzium Negara, Zainal Abidin Jamaluddin, dalam artikelnya... baiklah itu saja untuk entri kali ini.. Selamat Membaca !






2 comments:

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger