Saturday, February 25, 2012

Makanan Hari ini : Khasiat Kacang Hijau

1:19 PM 2 comments








Assalamualaikum semua , sihat ? saya di sini sihat sahaja, Pagi tadi mak aku ada buat bubur kacang hijau, pernah makan tak ? mungkin ramai di antara kita pernah makan, sebenarnya bubur ini memang sedap kalau di masak dengan cara yang betul, entri kali ini sebenarnya bukanlah nak cerita pasal apa yang aku makan hari ini tapi nak cerita mengenai khasiat kacang hijau, maklumalah saya baru saja makan pagi tadi. Setiap jenis makanan mempunyai kelebihannya tersendiri dalam membantu kesihatan dan kecantikan diri seseorang jika diambil mengikut kadar sesuai. Antara makanan yang mempunyai khasiat tinggi, tetapi kurang diketahui orang ramai ialah kacang hijau atau nama saintifiknya Phaseolus Radiatus L. Dipercayai berasal dari India, ia mengandungi protein, vitamin B1, vitamin B2, Vitamin A, vitamin E, niasin, amylum, besi, belerang dan mineral penting seperti fosfor, kalsium serta karotin yang amat diperlukan tubuh.

Bagi individu yang sedang berdiet, kandungan lemak didalam kacang hijau dapat membantu usaha mereka dan zat gizi di dalamnya mampu mengatasi penyakit anemia (kurang sel darah merah), membantu mencuci perut, mengubat gangguan hati dan melancarkan pembuangan air besar.Kita semua digalakkan mengambil kacang hijau dalam diet mereka bagi memastikan badan memperoleh zat yang diperlukan. Kacang hijau dapat menggantikan sumber protein haiwan seperti yang terkandung dalam daging serta ikan. Wah, memang khasiat kacang hijau ni, baiklah selepas ini pergilah ke kedai berhampiran untuk membeli kacang hijau , sememangnya berzat dan berkhasiat untuk diri dan kesihatan kita. Selamat Mencuba.




2 comments:

  1. lama tak makan bubur kacang... kalau tak habis buat ice krim kacang fuhh terangkat!

    ReplyDelete

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger