BAGAIKAN sudah tiada bahan jenaka lain apabila seorang
pelayar laman sosial menangkap foto pengguna servis pandu-lalu (drive-thru) di
sebuah restoran makanan segera dan mentertawakannya kerana menggunakan
motorsikal.
"Aku laki bini terkejut bila tengok mamat ni dengan
awek dia," kata pelayar tersebut dalam sebuah perkongsian yang dikongsi
hampir 1,500 pelayar lain di Facebook.
"Ini drive-thru bukan ride-thru," katanya lagi
beserta foto pasangan lelaki dan wanita yang beratur untuk memesan makanan yang
diambil dari dalam sebuah kereta.
Perkongian tersebut bagaimanapun disambut dengan kecaman
pelayar lain yang rata-rata tidak bersetuju dengan kritikannya terhadap
penunggang motorsikal tersebut menggunakan servis berkenaan.
"Baru keluar gua ke perempuan ni?" kata Ahmad.
"Aku selalu je pergi (pandu-lalu) naik
motorsikal," kata Shinju.
"Jangan bongkak, jangan sombong. Tuhan boleh ambil
semuanya dengan sekejap aje," kata Greg.
"Jangan hina orang.. Kesenangan di dunia ni hanya
pinjaman. Jangan bongkak dan angkuh. Hidup ni macam roda," kata Zuan.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
Salah ke bila motor pun drive-true? Tak faham laaa dgn masyarakat skrg, ada saja salah yang dicari. Cubalah belajar muhasabah diri .
ReplyDeletebetul tu :)
Deletemat salleh naik basikal selamba je masuk lorong drive thru kat mc d batu caves apa masalahnya....
ReplyDelete