PELABUHAN KLANG - Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol
seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta
liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal
pagi Selasa.
Tiga kru kapal dipercayai diculik.
Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang, Deputi
Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi
pada jarak 16 batu nautika dari Pulau Ketam di sini.
Kapal bermuatan lima juta liter itu dalam perjalanan ke
Myanmar dan berlepas dari Singapura pada 21 April.
Beliau berkata lima lelaki terbabit bertindak mengikat 18
kru termasuk kapten kapal sebelum memindahkan diesel itu.
"Difahamkan proses pemindahan mengambil masa antara
tujuh hingga lapan jam danselepas itu kesemua suspek meninggalkan kapal
berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.
Norzaid berkata selepas berjaya melepaskan diri, kapten
kapal kemudian menghubungi pembekal minyak diesel itu di Singapura, bagi
memaklumkan kejadian berkenaan.
Katanya pembekal itu membuat laporan di Balai Polis di Johor
Baharu sebelum pihak polis di situ memaklumkan kepada Polis Marin di Pelabuhan
Klang.
"Pihak kami kemudian dihantar ke lokasi kejadian dan
menemui kapal Jepun berkenaan di Pulau Angsa. Kapal itu dibawa pulang ke
Pelabuhan Utara di sini untuk siasatan lanjut," katanya.
Norzaid berkata kesemua kru kapal dan kapten tidak mengalami
sebarang kecederaan. - Bernama
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment