KUALA LUMPUR - "Saya bukan anti-kerajaan," tegas
bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin ketika mengulas tentang kepincangan
Menteri Kewangan dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara.
Menerusi ucapannya dalam Program Bicara Petang Bersama Tun
Daim Zainuddin petang ini, beliau turut menegaskan tegurannya tidak ada kaitan
dengan sebarang unsur anti-kerajaan sebaliknya ianya hanya satu perbincangan
dan cadangan yang dikemukakan sebagai penambahbaik dalam penyelarasan ekonomi
bersama.
"Saya bukan bermusuh dengan kerajaan, saya cuma anti
dengan dasar kerajaan yang sudah lompong dan tidak betul.
"Ini isu yang serius, rakyat harus tahu bahawa dasar
yang diamalkan kerajaan tidak memberi faedah serta manfaat kepada rakyat malah
ianya telah membebankan rakyat dari segi peningkatan perbelanjaan ekonomi
seharian," katanya.
Menurutnya lagi, kerajaan perlu selidik dan memperbetul
semula dasar perlembagaan kerajaan supaya ekonomi negara dapat dimajukan.
"Kerajaan sepatutnya mencari cara serta jalan penyelesaian untuk menangani
masalah ekonomi di negara ini.
"Kerajaan juga harus mengambil kira keperluan kita
sebagai orang Melayu dari segi ekonomi dan pembangunan demi memajukan kehidupan
bangsa Melayu," katanya lagi.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment