SEPANG - Maklumat yang dipadamkan dalam simulator milik
juruterbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie
Ahmad Shah adalah data log daripada tiga jenis permainan penerbangan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata hasil
siasatan awal mendapati data log daripada simulator itu dipercayai dipadamkan
pada 3 Februari lepas.
"Tiga jenis permainan dalam simulator itu adalah
'flight simulator X', 'flight simulator 9' dan 'X flight 10'," katanya
pada sidang media harian mengenai perkembangan terbaharu operasi mencari dan
menyelamat MH370 di sini hari ini.
Sidang media itu dihadiri pemangku Menteri Pengangkutan
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari
Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul
Rahman.
Simulator itu diambil pada 16 Mac lepas dari rumah Zaharie
di Shah Alam untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa, dengan harapan memberi
penunjuk bagi mencari pesawat itu.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment