MUADZAM SHAH – Sekeping gambar yang ditemui bersama seorang
lelaki yang maut dilanggar bas ekspres di di kilometer 144 Jalan Kuantan –
Segamat pada 9 Mac yang lalu menimbulkan persoalan kepada pihak berkuasa.
Akibat tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri ketika
keluar bersendirian, sehingga menyukarkan pihak polis untuk mencari atau
menghubungi waris kerana ketika kejadian hanya sekeping gambar enam kanak-kanak
berkenaan yang ada dalam simpanan mangsa.
Walau bagaimanapun jenazah telah diserahkan kepada Pejabat
Agama Islam Daerah (Paid) dan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan
Islam Muadzam Shah, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jaya
memberitahu, ketika kejadian menimpa lelaki malang tersebut, bas ekspres datang
dari arah Segamat menuju ke Kuantan dengan 12 orang penumpang.
“Punca kemalangan dipercayai, mangsa berjalan kaki di tengah
jalan di laluan bas. Cuaca berkabus tebal serta gelap dan pemandu bas tidak
nampak mangsa.
“Mangsa tercampak danjatuh ke dalam longkang. Mayat dihantar
ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat dan hasil bedah siasat
mengesahkan mangsa kurang siuman.
“Mangsa memakai baju kemeja lengan panjang warna merah
berpetak dengan seluar panjang warna hitam. Ada tasbih di leher mangsa dan dua
helai kain pelekat lusuh dibalut di dada,” katanya.
Kepada sesiapa yang kehilangan waris seperti yang
digambarkan atau mengenali kanak-kanak yang terdapat dalam gambar diminta
menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sub Inspektor Md Noor Othman di talian
019-9122011 atau Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, 09-4145222.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment