Seberang Jaya: “Masih terngiang-ngiang suara adik merayu
sambil menangis kelaparan sehingga dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan
saya.
“Lebih menyedihkan, mayatnya dicampak ke laut begitu saja di
depan mata saya kerana kapal yang kami naiki tak boleh berpatah balik,” kata
Salamatullah Zaitusong, 12, antara kanak-kanak pelarian Rohingya yang melarikan
diri ke negara ini dari kampung halamannya di Rakhine (Arakan), Myanmar, tiga
bulan lalu.
Menurutnya, adik lelakinya yang berusia tujuh tahun itu
meninggal dunia disebabkan kelaparan pada hari keenam pelayaran berikutan
mereka tidak membawa makanan mencukupi akibat kesempitan wang.
Katanya, sebelum bertolak, mereka berdua yang mengikuti bapa
saudara ke negara ini hanya membawa sebotol air mineral dan tiga bungkus roti
sebagai bekalan sepanjang perjalanan yang memakan masa selama 12 hari.
Salamatullah berkata, sepanjang perjalanan menaiki kapal
yang membawa kira-kira 100 orang itu, dia dan adiknya hanya meminum satu tudung
botol air mineral sehari serta menikmati sedikit roti yang dibawa sebagai ‘alas
perut’.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/
0 comments:
Post a Comment