SERI KEMBANGAN: Seorang gadis 15 tahun adalah antara
penyanyi dan penari separa lucah diitahan dalam Ops Noda di Medan Selera
Serdang, di Taman Perindustrian Bukit Serdang, di sini, malam tadi.
Gadis berasal dari Bandar Tun Razak itu dikatakan berhenti
sekolah tahun lalu kerana menggantikan ibunya yang juga penghibur di medan
selera itu.
Gadis berkenaan mendakwa dia pertama kali membuat
persembahan menggantikan ibunya yang sakit dan tidak boleh menyanyi.
Ibunya berusia 53 tahun turut ditahan ketika serbuan
dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang,
kira-kira 11 malam.
Serbuan berkenaan diterajui Ketua Bahagian Ketenteraman Awam
dan Trafik, Asisten Superintendan Ramsay Embol.
Ramsay berkata, ketika serbuan terdapat 15 wanita sedang
berada di atas pentas menari dan dikalungkan bunga.
"Serbuan dilakukan 23 anggota termasuk empat pegawai
selepas mendapat maklumat awam berhubung persembahan kurang sopan di medan
selera itu.
"Semua 15 penari dan penyanyi berusia antara 15 hingga
50-an iaitu tujuh tempatan, tujuh warga China dan satu dari Thailand ditahan
untuk siasatan lanjut.
"Dua lelaki tempatan yang disyaki penjaga premis
berkenaan turut ditahan," katanya.
Menurutnya, semua tangkapan dibawa balik ke Balai Polis Seri
Kembangan di atas pelbagai kesalahan antaranya tiada permit hiburan, menggajikan
pekerja tanpa permit, salah guna pas pelawat dan pas pelajar serta pasport
tamat tempoh atau tinggal lebih masa.
Difahamkan, pengunjung yang berpuas hati dengan persembahan
akan mengalungkan bunga di samping tips RM10 sehingga RM100 kepada penari.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/
0 comments:
Post a Comment