Tuesday, May 20, 2014

Lima sekeluarga dikejutkan dengan letupan kuat di depan rumah

9:02 PM No Comments

IPOH: Lima sekeluarga yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan letupan kuat di hadapan rumah mereka di Taman Silibin Ria, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, letupan kuat berkenaan mengakibatkan kereta mangsa, Nissan Sylphy rosak pada bahagian depan selain cermin pintu utama dan siling bumbung tempat letak kereta turut pecah.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, letupan itu dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang diletakkan dalam satu pasu bunga sebelum diletupkan di depan pintu utama rumah mangsa.

Chang Keong berkata, hasil siasatan mendapati bahan letupan yang digunakan adalah sejenis mercun atau bunga api jenis 'shell' yang mampu menghasilkan letupan kuat.

Bagaimanapun, katanya, tiada kecederaan berlaku dalam kejadian itu.

Sumber : http://www.bharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger