Tuesday, May 20, 2014

Dyana Sofya bidas Razali | Dyana Sofya Mohd Daud | Calon DAP 2014

8:21 PM No Comments

TELUK INTAN - Umno didakwa cuba mengalihkan isu dengan menyerang calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud sebagai bekas pelajar jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Dyana Sofya berkata, serangan itu dibuat selepas Umno dilihat gagal mempersoalkan kemampuannya sebagai calon wanita muda bagi mewakili pengundi di situ.

Menurutnya, akses kepada kualiti pendidikan yang baik perlu diberikan kepada semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum, agama, jantina, kawasan mahupun fahaman politik.

“Malah, saya pernah mencadangkan supaya satu perbincangan diadakan bagi mewujudkan sebuah institusi yang sama seperti UiTM yang menyediakan pendidikan berkualiti kepada bukan Melayu.

“Saya percaya pendidikan perlu diberikan kepada mereka yang berkelayakan. Kerajaan yang bertanggungjawab dan adil tidak akan membiarkan ketidakadilan tersebut berlaku,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim yang mencabar serta menegur tindakan pemimpin DAP yang sering mempersoalkan hak istimewa orang Melayu yang dipersetujui dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.

Dyana Sofya berkata, jika diberi peluang yang sama kepada rakyat tanpa mengira kaum, ini tidak bermakna bahawa hak orang Melayu akan dirompak.

“Ini bermakna rakyat Malaysia lebih berhak dari semua kaum, termasuk ramai orang Melayu yang tidak menyokong Umno, akan mempunyai akses kepada kualiti pendidikan tinggi,” katanya.

Beliau berkata, pelajar bebas untuk menyatakan pandangan dan pemikiran mereka dan diberi kebebasan untuk mengejar impian dan cita-cita mereka.

Katanya, tiada parti politik mempunyai hak untuk berdiri di jalan impian dan aspirasi golongan muda di negara ini.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger