PEMAIN veteran Manchester United, Ryan Giggs membuat
kemunculan ke-963 bersama The Red Devils pada perlawanan Liga Perdana Inggeris
(EPL) menentang Hull City, awal pagi semalam.
Aksi di Old Trafford itu dimenangi United dengan keputusan
3-1.
Giggs yang bertindak selaku pengurus sementara United, masuk
sebagai pemain gantian pada minit ke-70 dan mencipta peluang buat Robin van
Persie meledak gol ketiga m-86.
Pemain kelahiran Wales itu mengambil alih tempat David Moyes
selepas pengurus berkenaan dipecat gara-gara membawa United ke kedudukan yang
tidak disenangi peminat.
“Saya hanya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua pemain dan kakitangan pasukan di atas sokongan anda tahun ini. Terima
kasih istimewa juga untuk Nemanja Vidic yang akan meninggalkan Old Trafford.
“Kami tahu musim ini adalah yang sukar kerana selama ini
kami telah dirosakkan oleh kejayaan yang dikecapi. Kamu (penyokong) perlu memberi sokongan kepada pasukan supaya
kejayaan dapat dikembalikan pada tahun-tahun akan datang,” kata Giggs ketika
berucap selepas perlawanan berakhir.
Giggs belum memutuskan sama ada mahu meneruskan kerjayanya
buat tahun ke-24 musim depan.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment