KUALA PILAH – Seorang pesara tentera terkejut selepas
mendapat tahu sebatang pokok pisang lemak manis yang ditanamnya dekat
kebun berhampiran rumahnya di Kampung
Seri Pelangai, dekat sini berbuah di tengah batang.
Udin Mahmud, 80, berkata, kejadian pelik dan unik itu
disedari anaknya, Norzaisham, 40, yang ketika itu sedang membersihkan kebun
miliknya pada 31 Mac lalu.
Menurutnya, pada kebiasaannya pokok pisang akan mengeluarkan
buah daripada celah pucuk antara pelepah daunnya.
“Namun, kali ini pelik pula. Bila pakcik lihat sendiri, buah
keluar dari celah-celah rekahan batang pisang.
“Anak pakcik maklumkan kejadian aneh ini pada waktu pagi.
Bila dapat tahu, pakcik dan isteri terus bergegas ke kebun yang terletak
kira-kira 100 meter dari rumah untuk melihat keanehan itu," katanya.
Udin berkata, bila diteliti, buah pisang bersaiz normal dan
sama seperti pisang lemak manis yang lain.
“Pakcik lihat, tandan buah ini bergulung-gulung dan mungkin
saiz tandannya besar serta panjang.
“Bagaimanapun, pakcik berasa hairan bila pokok pisang
tersebut mengeluarkan jantung sedangkan setiap hari anak saya akan ke kebun
untuk membersihkan selain memungut hasil tanaman,” katanya.
Katanya, anaknya mengusahakan kebun itu secara kecil-kecilan
sejak setahun lalu di kawasan tanah seluas setengah hektar berhampiran kawasan
rumahnya.
“Terdapat kira-kira 50 pokok pisang ditanam dan kebanyakan
buah untuk makanan sendiri dan disedekahkan kepada jiran atau di masjid,”
katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment