IPOH – Seorang pelakon wanita nekad mengelar pergelangan
tangan kirinya selepas kecewa kekasihnya mengahwini wanita lain, petang
kelmarin.
Difahamkan, Shelin, 29, yang hamil tujuh bulan mengambil
keputusan itu selepas tertekan dengan nasibnya dan anak bakal dilahirkan.
Rakannya yang hanya ingin dikenali sebagai John, 50-an
berkata, dia segera membawa mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Raja
Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 4 petang kelmarin, selepas dimaklumkan
mengenai kejadian itu.
"Kawannya ada mengajak Shelin bermalam di Taman
Pangkalan kerana bimbang melihat dia bersendirian di rumah.
"Mangsa murung dan sedih selepas mengetahui bekas
kekasihnya sudah melangsungkan perkahwinan di Kuala Lumpur,” katanya.
John berkata, nasib menyebelahi Shelin apabila kecederaan
dialaminya tidak serius dan dia dilaporkan stabil.
“Mujur kejadian ini cepat disedari kawannya, kalau tidak
saya sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku," katanya.
Shelin yang pernah terbabit dalam penggambaran sebuah
telemovie bersama bekas kekasihnya sebelum ini mendakwa ditipu dan pernah
diugut lelaki terbabit.
Bekas kekasihnya yang berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan
di Kulim, Kedah berjanji mengahwini mangsa namun melarikan diri selepas
mengetahui Shelin hamil dan mempunyai bakal isteri lain.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment