GEORGETOWN - Walaupun dilanggar sebuah treler, namun mayat
seorang warga emas masih dalam keadaan sempurna kerana ditemui antara dua tayar
dalam keadaan terbaring.
Warga emas, Syed Mohamed Shukor Syed Abdul Rashid, 64, dari
Sungai Nibong Kecil, Bayan Lepas dikatakan sedang melintas jalan namun
tiba-tiba terjatuh di Jalan Tun Dr Awang di sini pagi semalam.
Mangsa dikatakan berjalan kaki ke Kampung Setinggan,
terletak berhadapan dengan kediamannya kira-kira jam 9 pagi.
Seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata,
ketika mangsa terjatuh terdapat sebuah treler dengan muatan bahan binaan sedang
menghala ke arahnya dari bulatan Bayan Baru ke Relau.
Beliau berkata, pemandu treler tidak dapat memberhentikan
kenderaannya kerana kejadian berlaku secara mengejut.
“Mayat dia ditemui antara dua tayar treler itu dalam keadaan
terbaring dan tidak berdarah. Ini
merupakan takdir ALLAH, dia pergi dalam keadaan sebegini,” katanya.
Menurutnya, Syed Mohamed kerap pergi ke kampung berkenaan
untuk berjumpa rakan-rakannya dan ia menjadi sebahagian rutin hidupnya selepas
bergelar pesara kerajaan.
Sementara itu, pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan
Trafik Pulau Pinang, Deputi Superintendan Abdul Rahim Md Din berkata, polis
sudah mengambil keterangan dari pemandu treler bagi membantu siasatan.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment