SHAH ALAM - Hasil siasatan dari pasukan siasatan telah
mendedahkan satu maklumat terbaru berhubung insiden kehilangan MH370 sejak 8
Mac lalu.
Menurut laporan ekslusif yang dikeluarkan oleh New Straits
Times hari ini, pihak berkuasa telah mendedahkan satu maklumat berhubung
pembantu juruterbang, Fariq Ab Hamid yang membuat satu panggilan telefon ketika
pesawat tersebut terbang pada ketinggian 5,000 kaki semasa melalui Pulau
Pinang.
Menurut laporan itu lagi, panggilan telefon tersebut berjaya
dilakukan berikutan pesawat tersebut yang terbang cukup rendah sehingga
membolehkan menara kawalan telekomunikasi mengesan panggilan telefon yang
dibuat.
Namun panggilan telefon tersebut disahkan terputus secara
tiba-tiba sebelum kapal terbang tersebut hilang dari radar dan pasukan
penyiasat masih melakukan siasatan terperinci ke atas maklumat tersebut.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
menyatakan seramai 205 orang saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan
dalam membantu siasatan pihak polis.
Menurut beliau, pihak polisakan memanggil lebih ramai
individu untuk membantu pihak polis menyelesaikan siasatan ke atas insiden
kehilangan pesawat tersebut.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment