"TADI pergi bank, bank cakap mereka tidak terima tukar
dekat cawangan sini," demikian luahan seorang pelajar Doktor Falsafah
sebuah universiti di United Kingdom ketika menukar wang di sebuah bank di
Johor.
Nurayuni Daud, 28,
(bukan nama sebenar), kejadian berlaku ketika dia hendak menukar mata
wang Ringgit Malaysia ke Pound Sterling di sebuah bank pagi semalam.
Ujarnya, dia sangat terkejut dengan tindakan tersebut kerana
selama ini, dia tidak mempunyai masalah untuk membuat pertukaran wang Ringgit
Malaysia ke Pound Sterling.
"Saya hendak tukar, bank tidak mahu ambil, rugi
katanya, jadi saya hendak tukar di mana....sedih Malaysia macam ini,"
katanya kepada Sinar Online.
Bercerita lanjut, Nurayuni berkata, duit yang hendak
ditukarnya tidaklah sebesar mana hanya RM1,500.
"Setakat 200 Pound Sterling dalam duit Malaysia
RM1,500," katanya.
Dalam pada itu, Nurayuni berkata, dek kerana pertukaran
wangnya tidak diterima di bank tersebut, dia lantas ke tempat pusat pertukaran
wang yang lain.
"Pergi 'money changer' pun mereka tidak berani
ambil....hari ini (semalam) paling teruk duit Malaysia jatuh 1 Pound Sterling
bersamaan RM6.54," keluhnya.
Ketika ditanya bagaimana dia kehidupannya di United Kingdom
nanti dengan keadaan sekarang, Nurayuni berkata Insya-ALLAH semuanya akan
'baik-baik sahaja'.
"Hidup dekat UK ok sahaja nak 'survive', sana galakkan
bekerja...banyak kerja 'part time' lagi, bayaran pun OK, sebab kos kehidupan
rendah. Sejam dapat 8 Pound Sterling sejam pun dah banyak, sebab 8 Pound itu
sudah besar, boleh beli macam-macam," katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment