Tuesday, September 8, 2015

Pekerja hospital kantoi mandi dalam periuk

4:00 PM No Comments

SEBUAH rakaman video yang memaparkan seorang pekerja hospital mandi di dalam periuk yang digunakan untuk memasak kepada pesakit di hospital berkenaan tersebar di laman sosial.

Video menunjukkan, pekerja yang masih memakai uniform hospital duduk di dalam sebuah periuk besar sementara salah seorang pekerja yang lain menuang air ke kepalanya menggunakan jag plastik.

Turut kedengaran suara ketawa dia dan beberapa orang yang berada dikelilingnya.

Kejadian dipercayai berlaku di Hospital Traumatology dan Orthropedics, Puebla, tengah Mexico.

Video tersebut dikongsi oleh pengguna laman sosial dan kini video yang berdurasi 30 saat itu, di tonton hampir 87,000 tontonan di Facebook.
Memetik laporan Mirror.uk, Instititut Keselamatan Sosial Mexico sedang menyiasat insiden tersebut.


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger