Sunday, March 9, 2014

Kelantan kembali ke tangga teratas Liga Super 2014 | Kedudukan Terkini Liga Super 2014 | Liga Super 2014

1:07 PM No Comments

KELANTAN kembali merampas tempat teratas Liga Super daripada Terengganu selepas mengalahkan Lions XII  2-1 di Stadium Jalan Besar, semalam.

Kejayaan membawa pulang tiga mata itu membolehkan pasukan 'The Red Warriors' (TRW) kini mengumpul 12 mata selepas mengharungi enam  perlawanan.

Dalam perlawanan itu, pasukan tuan rumah bermula garang apabila berjaya membuka jaringan sulung menerusi penyerang berbisanya Khairul Amri pada minit ke-26.

Kegembiran pasukan Lions XII tidak berkekalan apabila Ahmad Fakri Saarani menyamakan kedudukan pada minit ke-50 sebelum Forkey Doe mengesah kemenangan Kelantan pada minit ke-90. 

Johor Darul Ta'zim (JDT) yang sebelum ini menduduki tangga keenam, turut berjaya membaiki kedudukan dengan berada di tempat kedua carta liga selepas mengumpul 10 mata hasil kejayaan mengalahkan Sime Darby 2-0 di Stadium Selayang.

JDT membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi sepakan percuma yang dilakukan oleh Luciano Figueroa sebelum Norshahrul Idlan Talaha mengesahkan kemenangan pada minit ke-31.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang berpesta gol selepas membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-1.

Gol pasukan Tok Gajah dijaringkan oleh Matias Ruben Conti pada minit ke-14,
Dickson Nwakaeme (minit ke-17 dan 50) dan  Mohd  Faizol Hussain (minit ke-32).

Manakala gol saguhati ATM disumbangkan oleh Juan Manuel Arostegui pada minit ke
67.

Sementara itu, Perak pula  hanya mencatat keputusan seri 1-1 ke atas Selangor PKNS di Stadium Perak, Ipoh.

Gol Perak dijaringkan oleh pemain import dari Brazil, Eliel Da Cruz Guardino seawal minit keenam sebelum Karlo Primorac menyamakan kedudukan pada minit ke-39.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my


0 comments:

Post a Comment

Tiada Kepalsuan Copyright © 2013
Powered by Blogger