SHAH ALAM - Keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang
sejak kelmarin mula melepaskan rasa marah dan kecewa pada syarikat penerbangan
Malaysia Airlines (MAS) yang enggan berkongsi maklumat dengan mereka.
Menurut satu kenyataan yang dipetik di portal web
Inquirer.net, salah seorang ahli keluarga mangsa mendakwa pihak MAS masih tidak
mendedahkan apa-apa maklumat terperinci kepada keluarga.
"Kebanyakan maklumat yang kami perolehi sama dengan
maklumat yang ada di media dan laman sosial.
"Kami sudah menunggu selama berjam-jam, namun masih
tidak ada jawapan dari pihak penerbangan," katanya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak MAS
kelmarin, 153 dari 239 orang penumpang pesawat itu adalah warganegara China.
Pesawat MAS MH370 yang dijadualkan berlepas pukul 12.41 pagi
7 Mac lalu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.40 pagi semalam.
Namun pesawat itu telah terputus hubungan dengan menara
kawalan pada jam 2.40 pagi dan hilang sehingga kini.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment