KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines (MAS) akan menubuhkan pusat
arahan di Kota Bharu, Kelantan atau Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam sebaik
sahaja lokasi pesawatnya yang hilang dikesan, kata syarikat penerbangan itu.
Dalam kenyataan di laman webnya, ia berkata bagi menghadapi
kemungkinan yang terburuk, pakar pengurusan bencana dari Atlanta, Amerika
Syarikat akan membantunya dalam 'saat-saat genting ini'.
MAS berkata, ia sedang melakukan yang terbaik untuk memberi
bantuan termasuk bantuan kewangan segera kepada anggota keluarga para penumpang
yang terbabit.
Penerbangan MAS MH370 membawa 227 penumpang dari 14 negara
dan 12 krew hilang daripada radar semasa berada di Laut China Selatan dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu.
Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas pada pukul 12.40 pagi
dari Lapangan Terbang KL dan hilang kira-kira 1.30 pagi.
Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.
MAS berkata, ia akan menempatkan sekumpulan kaunselor ke
Beijing pada Ahad.
Ia telah menghantar 94 kaunselor yang terdiri daripada
kakitangan terlatih dan anggota Tzu Chi Foundation untuk memberi sokongan emosi
kepada keluarga penumpang. - Bernama
Sumber : http://www.sinarharian.com.my
0 comments:
Post a Comment